Khamis, 20 Oktober 2022

Jangan Campurkan Yang Haq Dengan Yang Batil

Bagi yang memahami tasawwur Islam, Allah melarang mana-mana penganutnya mencampur-adukkan perkara-para yang haq (benar dan diredhai Allah) dengan yang batil (tidak benar dan dimurkai Allah) sebagaimana Firman-Nya dalam ayat ke-42, surah al-Baqarah: “Dan janganlah kamu campuradukkan yang haq (kebenaran) dengan yang bathil (kepalsuan) dan janganlah kamu sembunyikan yang haq itu, sedang kamu mengetahui. Dan dirikanlah salat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku.’ ” Di dalam Tafsir Ibn Kathir ada dijelaskan bahawa kedua-dua ayat itu membawa maksud yang dikaitkan dengan golongan Yahudi yang mencampur-adukkan kebenaran dengan kebatilan. Qatadah pula menyebutkan maksud ayat itu supaya orang Islam tidak mencampur-adukkan ajaran Yahudi dan Nasrani dengan ajaran Islam. Yang demikian itu amatlah jelas bahawa yang benar (haq) mesti tidak disamakan atau dianggap sama denga yang batil. Batil di sini merujuk kepada sesuatu yang Allah larang dan murka jika umat Islam lakukannya. Ia boleh bermaksud sesuatu yang diharamkan, ditegah atau dibenci oleh Allah. Dengan kata lain: jika buat juga akan berdosa, jika tinggalkan mendapat pahala. Islam memang mudah tetapi ada garis panduannya yang amat jelas. Islam juga berkait dengan 2 kehidupan: kehidupan di dunia sebagai persiapan untuk hidup lebih lama dan kekal di akhirat. Umat Islam kena siap mematuhi suruhan Allah semasa hidup di dunia untuk mendapatkan ganjaran syurga Allah di akhirat. Ia berkaitan denagn konsep dosa dan pahala dalam Islam. Ini adalah sebahagian doktrin yang sangat penting bagi seorang Muslim. Jika tidak percaya, boleh gugur syahadahmengikut ramai ulamak muktabar sejak dulu hingga sekarang. Itulah batas-batas iman dan kufur yang mesti seorang Muslim pelihara betul-betul supaya tidak gugur syahadahnya. Gugur syahadah bermakna “menjadi bukan Islam lagi” dan perlu bertaubat nasuha serta melafazkan syahadah semula untuk kembali kepada Islam. Islam tidak rigid tapi serius mengenai perkara-perkara melibatkan hokum hakam berkaitan ‘aqidah. ‘Aqidah dan Tawhid adalah perkara yang sangat fundamental dalam Islam dan tidak boleh dikompromikan. Atas kepentingan menjaga iman itulah, kita nak tanya: apa tujuan IRF dan G25 anjurkan pelbagai program dengan tetamu jemputan dari luar negara membicarakan pelbagai topik semasa Islam dengan tafsiran “liberal” ke arah “neo-muktazilah.” Kita sudah huraikan di atas agar jangan dicampur-adukkan yang benar dengan yang palsu dalam Islam. Itu dosa namanya. Bukan dosa peribadi sebagaimana difahami oleh golongan liberalis-sekularis-pluralis yang ingin dibawa kembali oleh kumpulan G25 dan Islamic Renaissance Front (IRF)

Jumaat, 1 Oktober 2021

Rabu, 13 Januari 2021

TAHUN 2020 DUNIA BERUBAH.

Assalamualaikum wbt... Bermula akhir tahun 2019 kita dikejutkan dengan berita dunia, penyakit yang menakutkan di wuhan china. Penyebaran Wabak Corona virus 2019 (COVID19) diberi nama telah merebak ke seluruh dunia. Oleh kerana wabak itu dijangkiti, mereka menjadi sesak nafas dan menyebabkan kematian, terutama mereka yang bayi, orang tua dan berpenyakit kronik, kerana ketahanan badan mereka tidak kuat. Malaysia mengambil langkah pencegahan setelah wabak covid19 masuk ke negara begitu cepat dan ramai dijangkiti. Menyebabkan ramai rakyat yang positif telah di quarentin dari penyebaran menjadi lebih meluas. Pada Mac 2020 Negara telah mengambil tindakan keras menutup segala pintu masuk negara, hingga pintu daerah setiap negeri berwabak. Negara dikawal rapi oleh PDRM dan ATM, Kementerian kesihatan terlalu sibuk ketika ini. Alhamdulillah wabak covid19 dapat penurunan dgn keadaan menjadi sangat baik. Tiba pula PRK sabah... Mereka keluar mengundi dan penyokong semenanjung pula ke sana... dan masing-masing membawa penyakit dan menyebarkan secara meluas. Oleh sebab itu negara malaysia menjadi sangat teruk sehingga catatan positif meninggkat mendadak tinggi sehingga hari ini. Hari ini 13 jan 2021 ketika saya menulis ini. Negara terpaksa melakukan semula PKP 2.0 supaya dapat menurunkan jangkitan penyakit covid19 tersebut pada rakyat. Paling menyedihkan Pengistiharan darurat kesihatan dikeluarkan oleh PM,YDPA hingga 1 ogos 2021 tamat, waktu itu tidak ada politik lagi, oleh kerana itu politik tengah meruncing merebut kepimpinan tertinggi negara malaysia. sedih melihat mereka yang masih berpolitik. Kami rakyat merasakan kesusahan yang berlaku ini, tidak boleh kemana-mana kecuali membeli barang makanan dan barang dapur. peniagaan ada had untuk berniaga. tidak boleh sesuka hati keluar rumah. anda semua akan disaman RM1ribu jika engkar SOP yang telah diberikan oleh undang-undang. Sangat menyedihkan seluruh rakyat malaysia ketika ini. Harap kita semua dapat Berdoa kepada Allah swt dengan syafaat Nabi muhammad saw. duduk dirumah setiap malam berdoalah, supaya dihapuskan segala wabak penyakit dalam dunia ini dan diberikan kesihatan hingga menjadi normal kehidupan kita semula dimasa akan datangnya. Sedih anak-anak tidak bersekolah dekat setahun lamanya. Apakah yang bakal terjadi kepada mereka dihari kelak? Kasihanilah anak-anak kita dalam menimba ilmu untuk masa depan mereka. Kasihanilah Ahli-ahli agamawan yang tidak boleh mengerjakan ibadah solat berjemaah di masjid dan menjarakkan shaf solat. seperkara mengatakan tidak sah solat, seperkara mengatakan sah solat. Lalu begitu sahaja ceritanya(Semoga allah swt menerima amalan kita). Jika bertanya saya... baik saya solat jemaah bersama keluarga dirumah, alhamdulillah... Sedih Lama tak solat jumaat dimasjid, Sedih sangat melihat keadaan ketika ini. Hanya Allah swt yang maha mengetahui. Saya serahkan segalanya pada Allah swt. mohon diperkenankan oleh Allah swt doa-doa kebaikkan untuk seluruh rakyat malaysia dan dunia. ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! WALILLAHILHAM...

Live Stylo: All For Love (With Rod Stewart And Sting) – Bryan ...

Live Stylo: All For Love (With Rod Stewart And Sting) – Bryan ...: "All For Love (With Rod Stewart And Sting) – Bryan Adams « Song & Lyrics"

Selasa, 12 Januari 2021

Ajep21 VISTA MANHAJ

Assalamualaikum wbt. Bismillahirrahmannirrohim... Alhamdulillah... Kali ini saya ingin perkenalkan VISTA MANHAJ ini dan mengajak anda dengan product kesihatan yang sangat terbaik. (Saya dah cuba dan testimoni sangat baik). Sambil kita mencari kesihatan diri... kita boleh menjana pendapatan lumayan dari VISTA MANHAJ. (Banyak bonus diberikan dan lain-lain) Jika anda lambat bertindak bermakna anda ketinggalan jauh sangat. Kerana sekarang ini ramai berebut ingin menjadi ahli untuk mengambil bahagian masing-masing. in shaa allah... semoga Allah SWT melimpahkan rezeki kepada kita semua... Aamiin... Berminat menjana pendapatan sambil menjaga kesihatan diri dan keluarga sanak saudara anda... hubungi email saya. -Ajep21VM-

Rabu, 29 Julai 2020

Ku relakan dikau pergi...

Indahnya sewaktu kita bersama Terasa bagai di syurga Engkaulah sinaran cahaya ilhamku Penawar kedukaanku Sehingga kini ku masih terbayang Ketika memadu cinta Tak daya ku melupakan segalanya Kenangan cinta kita Setelah ku kehilangan dirimu Seluruh hidupku kegelapan Tanpa kasih sayang darimu Aku tenggelam dan karam di lautan Cinta suci Biarlah ia pergi Demi kebahagianmu Ku relakan dikau Pergi dariku Oh kasih mengertilah Hatiku ini yang terluka Nantikan ku di pintu syurga Hanya airmata Menjadi teman hidupku. (catatan ku untuk dikau echa)

Sabtu, 18 Julai 2020