Di suatu ketika dan waktu aku mengecap nikmat kebahagian bersama ujian-ujian dalam dunia ini, dimana aku terpanggil untuk membuat keputusan yang terbahagi antara dunia dan akhirat. Ia datang terlalu pantas untuk aku memikirkan yang lebih baik dan yang terbaik. Oleh disebabkan keadaan memaksa aku telah membuat keputusan yang begitu tidak selesa pada diri ku sendiri bila datang rindu yang teramat untuk mengenang keindahan, kebahagian, kenikmatan dan perhatian kasih sayang yang tidak akan ku lupakan sebelum tiba mati ku kelak.
Aku telah memikirkan perkara itu apabila aku mengambil tindakkan untuk mengecapi kebahagian itu, supaya aku bersama-sama mereka dapat melihat kebahagian yang akan dibina oleh mereka yang setia dan jujur bersama aku walau apa jua keadaan mendatang.
Pada suatu hari yang tidak pernah ku lupakan namun aku cuba melupakan perkara itu. Aku bertanya pada diri ku sendiri kenapa perkara kasih sayang yang diberikan pada ku itu boleh berubah dalam sekelip mata oleh perbuatan tangan-tangan mereka sendiri, dari memilih apa sebenar kejadian itu diberikan kasih sayang pada sesiapa pun berkeinginan memilihnya dan mengapa tidak mengambil kejadian itu sebagai rezeki yang ALLAH S.W.T. berikan itu tersangat indah dalam kehidupan mereka.
Saya berfikir dengan cara sendiri supaya fikiran itu tidak menjadi rumit didunia ini untuk keakhirat kelak, namun apa yang mereka pentingkan itu masih kekal dengan duniawi masing-masing dan tidak mahu mengalah untuk sama-sama menikmati keindahan kedua-dua alam yang sangat berbeza.(iaitu alam dunia nyata ini yang kini kita lalui dan alam yang telah dinyatakan oleh Allah s.w.t kepada kita semua melalui Nabi Muhammad S.A.W. yang masih tercatat dalam Al Quran NurKareem.)
Aku masih bertanya pada diri ku sendiri, kerana perkara itu masih segar dalam otak benak jiwa raga ku ini untuk menikmati kedua-dua alam dengan tenang dan damai. tetapi aku merasa aku terlalu lemah untuk mereka hingga aku mengecewakan semua yang melihat ujian-ujian ku itu. paling menyedihkan tidak ada satu pun termasuk ustaz dan saudara-mara rapat berfikiran seperti ku. Apa diperkata sama sahaja untuk dunia dan warisan ku. Mengapa mereka tidak dapat melihat apa sebenar tujuan mereka ke dunia ini apabila mereka diciptakan? aku sangat berasa mereka tidak boleh menyatukan perkara di lihat salah itu, kepada perkara itu menjadi kebenaran dengan bersaksi Allah s.w.t yang menentukan apa jua kesangsian rezeki dan nikmat disampaikan pada mereka itu. Ternyata bila difikirkan mereka tidak melihat itu satu kebenaran oleh Allah yang disampaikan kepada mereka untuk dikecapi bersama-sama manusia lain didalam anugerah Allah s.w.t. Aku amat bersedih hati walau aku pulang dengan kata-kata semangat oleh mereka-mereka yang tidak mengerti ujian ku itu untuk kehadiran manusia lain dalam silaturrahim, mengapa mereka masih melihat sebagai tindakkan musuh, sedangkan mereka tahu hukumnya itu dibenarkan.
LAKUKANLAH KATA LAWAN ITU MENJADI KEINDAHAN DUNIA DAN AKHIRAT.
Haram itu boleh menjadi halal
Dosa itu boleh menjadi pahala
Kejahatan itu boleh menjadi kebaikkan
Permusuhan itu boleh menjadi pendamaian
Kesedihan itu boleh menjadi kegembiraan
Keindahan akan kita kecapi bersama-sama masa mendatang.
DUNIA INI TEMPAT MENGUJI DUA KELAKUAN,
ALAM KEKAL DIINGATKAN PEMBAHAGIAN
DUNIA INI HANYA SEMENTARA YANG DIPINJAMKAN,
ALAM KEKAL ITU SELAMANYA AKAN DIRASAKAN.
-SALAM KASIH DUA DUNIA. BERBEZA-