Rabu, 13 Januari 2021

TAHUN 2020 DUNIA BERUBAH.

Assalamualaikum wbt... Bermula akhir tahun 2019 kita dikejutkan dengan berita dunia, penyakit yang menakutkan di wuhan china. Penyebaran Wabak Corona virus 2019 (COVID19) diberi nama telah merebak ke seluruh dunia. Oleh kerana wabak itu dijangkiti, mereka menjadi sesak nafas dan menyebabkan kematian, terutama mereka yang bayi, orang tua dan berpenyakit kronik, kerana ketahanan badan mereka tidak kuat. Malaysia mengambil langkah pencegahan setelah wabak covid19 masuk ke negara begitu cepat dan ramai dijangkiti. Menyebabkan ramai rakyat yang positif telah di quarentin dari penyebaran menjadi lebih meluas. Pada Mac 2020 Negara telah mengambil tindakan keras menutup segala pintu masuk negara, hingga pintu daerah setiap negeri berwabak. Negara dikawal rapi oleh PDRM dan ATM, Kementerian kesihatan terlalu sibuk ketika ini. Alhamdulillah wabak covid19 dapat penurunan dgn keadaan menjadi sangat baik. Tiba pula PRK sabah... Mereka keluar mengundi dan penyokong semenanjung pula ke sana... dan masing-masing membawa penyakit dan menyebarkan secara meluas. Oleh sebab itu negara malaysia menjadi sangat teruk sehingga catatan positif meninggkat mendadak tinggi sehingga hari ini. Hari ini 13 jan 2021 ketika saya menulis ini. Negara terpaksa melakukan semula PKP 2.0 supaya dapat menurunkan jangkitan penyakit covid19 tersebut pada rakyat. Paling menyedihkan Pengistiharan darurat kesihatan dikeluarkan oleh PM,YDPA hingga 1 ogos 2021 tamat, waktu itu tidak ada politik lagi, oleh kerana itu politik tengah meruncing merebut kepimpinan tertinggi negara malaysia. sedih melihat mereka yang masih berpolitik. Kami rakyat merasakan kesusahan yang berlaku ini, tidak boleh kemana-mana kecuali membeli barang makanan dan barang dapur. peniagaan ada had untuk berniaga. tidak boleh sesuka hati keluar rumah. anda semua akan disaman RM1ribu jika engkar SOP yang telah diberikan oleh undang-undang. Sangat menyedihkan seluruh rakyat malaysia ketika ini. Harap kita semua dapat Berdoa kepada Allah swt dengan syafaat Nabi muhammad saw. duduk dirumah setiap malam berdoalah, supaya dihapuskan segala wabak penyakit dalam dunia ini dan diberikan kesihatan hingga menjadi normal kehidupan kita semula dimasa akan datangnya. Sedih anak-anak tidak bersekolah dekat setahun lamanya. Apakah yang bakal terjadi kepada mereka dihari kelak? Kasihanilah anak-anak kita dalam menimba ilmu untuk masa depan mereka. Kasihanilah Ahli-ahli agamawan yang tidak boleh mengerjakan ibadah solat berjemaah di masjid dan menjarakkan shaf solat. seperkara mengatakan tidak sah solat, seperkara mengatakan sah solat. Lalu begitu sahaja ceritanya(Semoga allah swt menerima amalan kita). Jika bertanya saya... baik saya solat jemaah bersama keluarga dirumah, alhamdulillah... Sedih Lama tak solat jumaat dimasjid, Sedih sangat melihat keadaan ketika ini. Hanya Allah swt yang maha mengetahui. Saya serahkan segalanya pada Allah swt. mohon diperkenankan oleh Allah swt doa-doa kebaikkan untuk seluruh rakyat malaysia dan dunia. ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! WALILLAHILHAM...

Live Stylo: All For Love (With Rod Stewart And Sting) – Bryan ...

Live Stylo: All For Love (With Rod Stewart And Sting) – Bryan ...: "All For Love (With Rod Stewart And Sting) – Bryan Adams « Song & Lyrics"

Selasa, 12 Januari 2021

Ajep21 VISTA MANHAJ

Assalamualaikum wbt. Bismillahirrahmannirrohim... Alhamdulillah... Kali ini saya ingin perkenalkan VISTA MANHAJ ini dan mengajak anda dengan product kesihatan yang sangat terbaik. (Saya dah cuba dan testimoni sangat baik). Sambil kita mencari kesihatan diri... kita boleh menjana pendapatan lumayan dari VISTA MANHAJ. (Banyak bonus diberikan dan lain-lain) Jika anda lambat bertindak bermakna anda ketinggalan jauh sangat. Kerana sekarang ini ramai berebut ingin menjadi ahli untuk mengambil bahagian masing-masing. in shaa allah... semoga Allah SWT melimpahkan rezeki kepada kita semua... Aamiin... Berminat menjana pendapatan sambil menjaga kesihatan diri dan keluarga sanak saudara anda... hubungi email saya. -Ajep21VM-