Khamis, 20 Oktober 2022
Jangan Campurkan Yang Haq Dengan Yang Batil
Bagi yang memahami tasawwur Islam, Allah melarang mana-mana penganutnya mencampur-adukkan perkara-para yang haq (benar dan diredhai Allah) dengan yang batil (tidak benar dan dimurkai Allah) sebagaimana Firman-Nya dalam ayat ke-42, surah al-Baqarah:
“Dan janganlah kamu campuradukkan yang haq (kebenaran) dengan yang bathil (kepalsuan) dan janganlah kamu sembunyikan yang haq itu, sedang kamu mengetahui. Dan dirikanlah salat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku.’ ”
Di dalam Tafsir Ibn Kathir ada dijelaskan bahawa kedua-dua ayat itu membawa maksud yang dikaitkan dengan golongan Yahudi yang mencampur-adukkan kebenaran dengan kebatilan. Qatadah pula menyebutkan maksud ayat itu supaya orang Islam tidak mencampur-adukkan ajaran Yahudi dan Nasrani dengan ajaran Islam.
Yang demikian itu amatlah jelas bahawa yang benar (haq) mesti tidak disamakan atau dianggap sama denga yang batil. Batil di sini merujuk kepada sesuatu yang Allah larang dan murka jika umat Islam lakukannya. Ia boleh bermaksud sesuatu yang diharamkan, ditegah atau dibenci oleh Allah. Dengan kata lain: jika buat juga akan berdosa, jika tinggalkan mendapat pahala. Islam memang mudah tetapi ada garis panduannya yang amat jelas.
Islam juga berkait dengan 2 kehidupan: kehidupan di dunia sebagai persiapan untuk hidup lebih lama dan kekal di akhirat. Umat Islam kena siap mematuhi suruhan Allah semasa hidup di dunia untuk mendapatkan ganjaran syurga Allah di akhirat. Ia berkaitan denagn konsep dosa dan pahala dalam Islam. Ini adalah sebahagian doktrin yang sangat penting bagi seorang Muslim. Jika tidak percaya, boleh gugur syahadahmengikut ramai ulamak muktabar sejak dulu hingga sekarang.
Itulah batas-batas iman dan kufur yang mesti seorang Muslim pelihara betul-betul supaya tidak gugur syahadahnya. Gugur syahadah bermakna “menjadi bukan Islam lagi” dan perlu bertaubat nasuha serta melafazkan syahadah semula untuk kembali kepada Islam. Islam tidak rigid tapi serius mengenai perkara-perkara melibatkan hokum hakam berkaitan ‘aqidah. ‘Aqidah dan Tawhid adalah perkara yang sangat fundamental dalam Islam dan tidak boleh dikompromikan.
Atas kepentingan menjaga iman itulah, kita nak tanya: apa tujuan IRF dan G25 anjurkan pelbagai program dengan tetamu jemputan dari luar negara membicarakan pelbagai topik semasa Islam dengan tafsiran “liberal” ke arah “neo-muktazilah.” Kita sudah huraikan di atas agar jangan dicampur-adukkan yang benar dengan yang palsu dalam Islam. Itu dosa namanya. Bukan dosa peribadi sebagaimana difahami oleh golongan liberalis-sekularis-pluralis yang ingin dibawa kembali oleh kumpulan G25 dan Islamic Renaissance Front (IRF)
Langgan:
Catatan (Atom)